Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Syukur pada Allah hari ini, kami di Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah santuni penghuni Madrasah Tahfiz Baitil Hamdi (Lil Banin) di Kampung Taboh Naning, Alor Gajah yang di landa musibah kebakaran. Alhamdulillah semua penghuni dan pelajar di madrasah berkenaan selamat tiada kemalangan jiwa mahupun kecederaan berlaku.
Kami SAZ MAIM bantu sampaikan sumbangan wang tunai bagi ringankan sedikit beban pengurusan madrasah.
Firman Allah SWT yang bermaksud : “Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: ‘Kami beriman, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu cubaan)? Dan demi sesungguhnya, Kami menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah orang yang sebenar-benarnya beriman dan nyata pula apa yang diketahui-Nya orang yang berdusta.’†- Surah al-Ankabut, ayat 2-3.