Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Minggu ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud jenguh dan jengah beberapa orang asnaf kita di DUN Telok Mas.
Kali ini santuni asnaf yang sebahagian daripada mereka menghidap penyakit kanser rahim tahap 3 & 4...
Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed juga sama bersama SAZ MAIM...mendapatkan gambaran lebih jelas keadaan dan kehidupan asnaf...
Kehilangan ketua keluarga dalam keadaan kesihatan yang tak mengizinkan...penuh berliku ujian dan cabaran yang dihadapi...
Hanya Allah SWT dan mereka sendiri yang tahu perih pedihnya menjalani kehidupan dalam keadaan yang berliku.
MAIM turut menambah baik skim bantuan yang diterima bagi meringan beban dan tanggungjawab mereka.
Anak-anak masih kecil dan bersekolah dalam keadaan sekarang ini kenaikan kos sara hidup yang semakin mencabar, tambahan skim bantuan memang menjadi keutamaan untuk mereka.
Antara skim yang dibantu Bantuan Makanan Bulanan (fakir), Bantuan Sakit Kronik (BSK), penyediaan susu kesihatan, Bantuan Anak Sekolah (BSAS) dan semestinya bantuan persediaan Ramadhan yang akan tiba nanti...
Juga dipertimbang bantuan skim baik pulih rumah...
Semoga segala bantuan ini mampu memberi sedikit keceriaan kepada asnaf kita ini.
Semoga kami terus amanah dan istiqamah melaksanakan tanggungjawab ini.
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.†(Hadis riwayat Muslim)
#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat