Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah
Petang ini, kami Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Melaka Tengah menyantuni seorang asnaf kita di DUN Sungai Udang. Pakcik Rusly kini terlantar dan tidak mampu mengurus diri kerana penyakit angin ahmar yang serius. Dalam waktu yang sama, pakcik ni juga menjaga 3 orang anaknya yang lembam dan Orang Kelainan Upaya (OKU).
Dengan kerjasama pemimpin masyarakat, kami di MAIM terus menyampaikan sumbangan wang tunai dan kit makanan. Juga akan memperhalusi lagi bantuan seterusnya bagi membantu kehidupan seharian pakcik Rusly. Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud hadir melihat sendiri dan bertanya khabar kesihatan dan keadaan pakcik Rusly.
Pepatah Melayu ada menyebut :
" Serumpun bak serai, sesusun bak sirih."
FB : Skuad Agihan Zakat MAIM Cawangan Melaka Tengah Menyantuni Seorang Asnaf di DUN Sungai Udang