Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Hari ini Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau diketuai Pegawai Zakat Cawangan, Tuan Haji Izhar bin Rahim bersama Pegawai Khas Agama kepada YAB Ketua Menteri Melaka, Ybrs Ustaz Hairul Amin bin Madon menyantuni asnaf MAIM, Encik Fadil bin Majid di Kampung Tedong Pantai.
Encik Fadil merupakan asnaf MAIM yang masih aktif sejak tahun 2013 berikutan menghidap penyakit kanser kulit dan kencing manis yang kritikal.
Hidup seorang diri dan niat ingin bekerja tetap ada untuk menampung rezeki diri tapi keadaan fizikal dan kesihatan yang tidak mengizinkan...tidak mampu bekerja dan agak terbatas mengurus diri sejak beliau menghidap penyakit kanser kulit ini.
SAZ MAIM bantu sampaikan bantuan wang tunai dan kit makanan serta kit ibadah.
Dengan semangat yang ada dalam diri asnaf kita ini....sama-sama kita doakan kesihatan Encik Fadil bertambah baik dan dapat menjalani ibadah dengan sebaiknya.
Firman Allah SWT yang bermaksud:
“Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (Sekali lagi ditegaskan): bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan.†Surah Al Insyirah ayat 5- 6.
#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat