|

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau Santuni Asnaf

 

merlimau drakmal

Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Merlimau santuni asnaf, Saudara Asrul bin Kalit bersama keluarganya...6 orang yang kesemuanya masih bersekolah dan ada yang masih kecil berusia 2 bulan.

Kita santuni, tanyakan khabar, tanyakan segala permasalahan yang ada, pendidikan anak-anak dan pastinya kelengkapan dan keperluan makanan harian.

MAIM bantu :
1) sewaan rumah bagi tempoh 3 bulan pertama
2) bantuan makanan bulanan
3) bantuan persekolahan berupa wang tunai
4) bantuan pakaian sekolah
5) bantuan persediaan hari raya
 
Insha Allah ianya dapat membantu mengurangkan beban keluarga ini.
 
Terima kasih kepada ADUN Merlimau, YB Dr Akmal bin Salleh yang sama-sama membantu keluarga ini.
 
Kepada pembayar zakat di negeri ini, jutaan terima kasih di atas segala tanggungjawab yang telah dilunaskan...kami di MAIM akan tunaikan amanah ini dengan sebaiknya...
 
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana” Surah Al-Taubah ayat - 60.
 
Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 23 April 2024, 01:40:45.

Jumlah Pelawat

003728061

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN