Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Berat sungguh mata memandang, apatah lagi beratnya bahu keluarga ini menanggung bebannya.
Diuji dengan keadaan anak berlainan kurang upaya (OKU) tidak mematah semangat pasangan saudara muslim ini meneruskan kehidupan.
Keduanya tidak bekerja kerana perlu menjaga 2 daripada 4 orang anaknya yang dilahirkan sebagai anak syurga.
Keprihatinan Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) menyantuni dan merapati dengan lebih dekat keluh resah kehidupan keluarga ini.
Penolong Setiausaha Bahagian Zakat MAIM, Ustaz Mohd Rizalman bin Syed hadir memberi kata-kata semangat dan dorongan kepada keluarga untuk terus tabah dan sabar dengan ujian ini.
Pastinya keluarga ini dibantu dengan beberapa skim bantuan yang telah disediakan oleh MAIM...Bantuan Makanan Bulanan (BMB), Bantuan Sakit Terlantar (BST), Bantuan Sakit Kronik ( BSK), Bantuan Cucian Luka (BCL) dan bantuan sumbangan persediaan Ramadhan. Dan insha Allah akan disusuli dengan sumbangan katil boleh laras dan tilam angin untuk keselesaan anak beliau ini.
Semoga keluarga akan sentiasa diberi inayah hidayah yang amat kukuh dalam meneruskan kehidupan sebagai seorg mukmin.
Setiap insan akan diuji dengan pelbagai ujian...namun harus tekad, sabar, kukuhkan iman kerana dengan ujian yang diberi akan menambah keimanan kita kepada Allah SWT....aminnn..
#MelakakuMajuJaya
#rakyatbahagiamenggamitdunia
#terimakasihpembayarzakatnegerimelaka
#AsnafDisantuniZakatDiberkati
#amanahandatanggungjawabkami
#satuamalmenciptasejutamanfaat
Source: Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) menyantuni dan merapati kehidupan keluarga (OKU)