Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Di hari Jumaat mulia ini Skuad Al-Taqwa, Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) menyantuni asnaf dan menyampaikan sumbangan alat bantu pulih.
Encik Muhammad Shahril Larry bin Abdullah menerima bantuan katil boleh laras, lampin pakai buang (pampers), tilam angin dan sebuah kerusi roda bagi kegunaan harian. Ditimpa kemalangan dan mengalami kecederaan patah tulang belakang dan hanya mampu berkerusi roda untuk bergerak. Juga menerima sumbangan lampin pakai buang (pampers), Pakcik Md Isa bin Embi yang tinggal seorang diri dan hanya mampu diurus oleh keluarga terdekat. Adik Nurul Adira Amira binti Abdullah berusia 12 tahun juga menerima susu kesihatan dan tiub suapan (feeding tube) bagi membantu adik Amira makan dan minum susu kesihatan yang disediakan. Sama-sama kita doakan kesihatan mereka dan dapat meneruskan kehidupan dengan lebih baik dengan bantuan sekecil ini.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:
“Zakat tidak dihalalkan bagi orang kaya kecuali lima golongan ini, iaitu: (1) amil; (2) orang yang memberi zakat dengan hartanya sendiri (mualaf); (3) orang yang ikut berperang di jalan Allah SWT; (4) orang yang berhutang dan (5) orang miskin yang menerima zakat daripada seorang kaya (dan) kemudian dia menghadiahkannya kembali kepada orang kaya itu.â€Â
Hadis riwayat Abu Daud, Ibnu Majah & Imam Ahmad.