Skuad Al-Taqwa MAIM menyantuni asnaf dan mereka yang memerlukan.
Lokasi pertama menziarahi pakcik Khamis bin Yaacob di Kampung Pantai Puteri Di Tanjung Kling. Disampaikan katil boleh laras dan kerusi roda untuk kemudahan pakcik Khamis. Untuk makluman, pakcik Khamis ketika ini menghidap angin ahmar yang serius dan masih memerlukan rawatan susulan di hospital.
Seterusnya skuad ke Felda Bukit Sedanan di Selandar bagi menyantuni pakcik Jusoh bin Ismail yang kini menghidap penyakit asma kronik. Selain itu juga disampaikan sebuah mesin dan tong oksigen untuk kegunaan harian pakcik Jusoh. Harapan semoga pakcik Khamis dan pakcik Jusoh kembali sihat walafiat insha Allah...
Mungkin sumbangan kami ini tidak seberapa, namun doakan kami untuk terus istiqamah dan dapat menyantuni dan membantu semua asnaf dan mereka yang memerlukan di negeri Melaka tercinta ini.
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Dan sesiapa yang mencari agama selain agama Islam, maka tidak akan diterima daripadanya, dan dia pada hari akhirat kelak daripada orang yang rugi.†-Surah Ali ‘Imran - ayat 85.