Assalamualaikum dan Salam Ramadan
Alhamdulillah menyampaikan sumbangan 300 kit makanan dan wang tunai kepada pesakit di Hospital Melaka bersama Timbalan Pengerusi MAIM, Ybhg Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud dan Setiausaha MAIM, Ybrs Tuan Haji Muhammad Ikram bin Ibrahim. Sama meraikan Pengurus Baitulmal MAIM, Ustaz Mohd Hairulamin bin Mohd Sis. Kita raikan Ramadan ini bersama mereka dan doakan mereka kembali sihat dan mendapat keampunan Allah SWT. Terima kasih tidak terhingga kepada pengurusan Hospital Melaka membantu melancarkan lagi program Sumbangan Infaq Ramadan MAIM tahun ini. Doakan mereka kembali sihat dan dapat menyambut Ramadan dan Syawal yang akan datang bersama keluarga tercinta.
Rasulullah SAW bersabda: “Hak muslim ke atas muslim enam perkara: Dikatakan (sahabat bertanya): Apakah ia wahai Rasulullah SAW? Rasulullah SAW berkata: Apabila kamu bertemu dengannya, maka ucapkanlah salam ke atasnya. Apabila kamu diundang maka penuhilah. jika Apabila dia meminta nasihat kepadamu, maka berilah nasihat kepadanya. Apabila bersin, maka ucapkanlah hamdalah serta balaslah (dengan doa: يرØÂمك الله). Apabila dia sakit, maka ziarahilah dia. Apabila dia meninggal, maka hantarlah jenazahnya ke kubur.†- Riwayat Muslim.