|

Sumbangan di Sekolah Rendah Agama JAIM (SRA) Kampung Orang Asli Bukit Payung di DUN Taboh Naning

sra orng asli 1

sra orng asli 2

sra orng asli 3

 

 

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah

Hari ini bersama Pengurus Baitulmal MAIM, Tuan Haji Mohd Hairulamin bin Mohd Sis menyampaikan sumbangan sebuah komputer untuk kegunaan guru dan murid di Sekolah Rendah Agama JAIM (SRA) Kampung Orang Asli Bukit Payung di DUN Taboh Naning.

Meraikan kedatangan kami Guru Besar sekolah, Ustaz Mohd Irwan Redzuan bin Abdullah dan guru yang lain. Terima kasih atas segala layanan mesra yang diberi. Walaupun murid dan guru tidak seramai di sekolah-sekolah lain, namun kekentalan dan keistiqamahan jiwa dan hati mereka dalam menuntut ilmu sangat-sangat mengkesima hati kami.

Anak-anak ini perlu kita jaga akidah dan kefahaman fardu ain mereka, kita yang muslim sejak dari lahir pun kadang-kadang tergelincir. Jadi menjadi tanggungjawab kita membantu, memayungi, mendidik mereka menjadi anak-anak muslim sejati. 

Semoga dengan sumbangan ini adalah kiranya pahala penyumbang akan sentiasa mengalir hingga ke jannatul firdaus nanti. Sebagai makluman bersama sumbangan komputer ini merupakan hasil dari tabungan dana yang terkumpul melalui Tabung Amal Jariah Negeri Melaka (TAJM) yang dikendalikan sepenuhnya oleh MAIM.

MAIM sudah pasti mengalu-alukan kepada seluruh kakitangan awam dan agensi korporat serta masyarakat Islam di negeri ini untuk terus berbesar hati meninfaq dan membuat sumbangan kepada TAJM demi maslahat umat Islam secara khususnya.

3 cara diperkenal untuk sumbangan TAJM :

- melalui potongan gaji setiap bulan dibawah majikan masing-masing.

- muat turun aplikasi melakapay.melaka.gov.my

- menggunapakai QR code TAJM yang akan terus dibayar ke akaun Baitulmal MAIM.

Jom sama-sama kita kumpul pahala, kumpul saham akhirat...insha Allah mampu menutup lopong dosa yang kita lalui sebelum ini...pahala bukan untuk dunia sahaja tapi tetap setia menanti kita untuk ke syurga.

Allah SWT berfirman yang bermaksud : “(Orang yang beriman itu adalah) orang-orang yang beriman dengan perkara yang ghaib, menunaikan solat dan mereka memberi infak apa yang kami rezekikan kepada mereka.” - Surah al Baqarah ayat 3.

“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."

 

FB: Sumbangan di Sekolah Rendah Agama JAIM (SRA) Kampung Orang Asli Bukit Payung di DUN Taboh Naning

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Rabu 18 Disember 2024, 01:57:49.

Jumlah Pelawat

003828080

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

MELAKAPAY