|

Sumbangan Saham Wakaf Masjid Pulau Besar

besau1

besau6

besau5

besau4

besau2

besau3

Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
 
Penyampaian sumbangan saham wakaf Masjid Pulau Besar telah disempurnakan oleh Yang Di-Pertua Negeri Melaka, Tuan Yang Terutama Tun Seri Setia Dr Haji Mohd Ali bin Mohd Rustam bersama Ketua Menteri, YAB Datuk Seri Utama Ab Rauf bin Yusoh merangkap Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM).
 
Majlis penyampaian telah diadakan pada majlis perasmian Masjid Al- Abrar, Balik Bukit sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Negeri Melaka.
 
Bersama ini penama penyumbang saham wakaf Masjid Pulau Besar :
- Datuk Abdul Aziz bin Abdul Razak, Pengasas Subaidah Holdings Sdn Bhd. - (RM 50,000)
- Datuk Dr. (hc) Bakhtiar Aliff bin Hj Ibrahim, Ketua Pegawai Eksekutif Al Kaithar Eduqids. - (RM 30,000)
- Dr Ridzwan bin Bakar, Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Wakaf Malaysia (YWM) - (RM 10,000)
- Datuk Syed Azmi bin Syed Nasir, wakil Pengarah Daya Angsana Sdn Bhd. - (RM 10,000)
- Dato' Hajjah Jayah binti Abd. Rashid, Ketua Pegawai Eksekutif, La' Joise Industries (M) Sdn Bhd. - (RM 5,000)
- Tuan Haji Aidilakbar bin Mohd Yasin, Villa Istana Melaka. - (RM 5,000)
 
Firman Allah SWT yang bermaksud:
" Bandingan (derma) orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah, ialah sama seperti sebiji benih yang tumbuh menerbitkan tujuh tangkai; tiap-tiap tangkai itu pula mengandungi seratus biji. Dan (ingatlah), Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya, dan Allah Maha Luas (rahmat) kurniaNya, lagi meliputi ilmu pengetahuanNya." - Surah al-Baqarah ayat 261.
 

FB : Sumbangan Saham Wakaf Masjid Pulau Besar

 

 

 

 

Pin It

Hubungi Kami

Majlis Agama Islam Melaka,
Pusat Islam Melaka,
Bukit Palah, 75400,
Melaka, MALAYSIA.

G : 2.21462, 102.26442

T : +606 283 7416 / 283 2077 / 284 9809
F : +606 282 6033
E : admin[at]maim[dot]gov[dot]my

Ikuti Kami

Kemaskini Terkini

  • Pada Selasa 30 April 2024, 04:33:23.

Jumlah Pelawat

003730431

PENAFIAN : Pihak Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) tidak akan bertanggungjawab bagi apa-apa kehilangan atau kerugian disebabkan oleh penggunaan mana-mana maklumat yang diperolehi dari laman web ini serta tidak boleh ditafsirkan sebagai ejen kepada ataupun syarikat yang disyorkan oleh MAIM. 

Paparan terbaik dengan resolusi 1366 x 768 piksel dengan pelayar popular seperti Google Chrome, Microsoft Edge, Mozilla Firefox, Safari & Opera. 

Portal Rasmi Majlis Agama Islam Melaka

MyGov Portal

privasi

/*SENARAI PASAR MALAM DI DAERAH DUNGUN