Assalamualaikum dan Salam Zulhijjah
Alhamdulillah hari ini Unit Kebajikan Balai Islam MAIM bersama Bahagian Zakat MAIM diketuai Penolong Setiausaha, Ybrs Ustaz Mohd Rizalman bin Syed menyantuni asnaf saudara muslim kita dalam daerah Melaka Tengah.
Tersenyum ceria wajah mereka bila kami jengah dan bertanya khabar...kali ini ziarah kami disertai Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam Malaysia (YAPEIM) yang turut sama menyampaikan sumbangan wang tunai untuk kegunaan harian asnaf dan keluarga mereka.
Asnaf kita juga berbesar hati dan bersyukur bila kami datang ziarah ni...dapat jugak kami selami hati mereka dan bahasa mudahnya nampak depan mata sendiri apa keperluan bantuan yang mereka perlukan lagi...
Insha Allah program ziarah ini akan diteruskan setiap masa dan sama-sama bantu kami menjadi mata dan telinga berkongsi infomasi mereka yang memerlukan...
Firman Allah SWT yang bermaksud :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk memerdekakan dirinya, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana†Surah Al-Taubah ayat - 60.