Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Alhamdulillah selesai hari ini ziarah asnaf di DUN Kuala Linggi. kali ini kita turun bersama ADUN kawasan, YB Datuk Rosli bin Abdullah dan Pegawai Tugas Khas MAIM, Datuk Wira Md Rawi bin Mahmud.
10 buah rumah dan keluarga asnaf kami ziarah. kita tanya khabar, sampaikan sumbangan. Asnaf yang menghidap penyakit kronik kita akan pastikan bantuan dibantu mengikut skim yang ada, kita juga nak pastikan kehidupan mereka khususnya anak-anak mendapat skim bantuan pendidikan yang lebih baik.
Badan Sukarelawan Al-Taqwa MAIM (BSAT) turut sama hadir melihat keperluan bantuan yang boleh disediakan. Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) sama hadir melihat bantuan kewangan yang layak disediakan. Bersama-sama memastikan keperluan asnaf di DUN ini sentiasa menjadi keutamaan.
Allah SWT berfirman yang bermaksud:
“Dialah (Allah SWT) yang telah menciptakan adanya kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang lebih baik amalannya.” - Surah Al-Mulk : ayat 2.
“Al-Falah Pemacu Malaysia Madani."
FB: Ziarah Asnaf di DUN Kuala Linggi bersama ADUN Kawasan dan Pegawai Tugas Khas MAIM