Assalamualaikum dan Salam Muhibbah
Ziarah Skuad Agihan Zakat MAIM (SAZ) Cawangan Masjid Tanah bersama ADUN Kuala Linggi, YB Tuan Rosli bin Abdullah adik Nur Najihah binti Mohd Fadzli yang menghidap sakit buah pinggang tahap 5. Hilang kata-kata dan menitis air mata kami melihat ujian yang menimpa adik ini. Masih bersekolah di Sekolah Menengah Kebangsaan Rahmat (SMKR) namun faktor kesihatan membataskan adik Najihah mengikuti persekolahan dengan baik.
Kami di MAIM Cawangan Masjid Tanah akan membantu adik ini mendapatkan rawatan haemodialisis di pusat rawatan panel yang terdekat. Juga keperluan bantuan yang lain akan disegerakan bagi melihat adik ini dapat meneruskan alam persekolahan dan di beri kesembuhan hendakNya...aminnn... Kepada mereka yang mengenali adik dan keluarga ini, sama-sama kita berikan semangat dan panjatkan doa semoga adik dan keluarga ini tabah memghadapi ujian besar ini dan dipermudah segala urusan ukhrawi dan duniawi...
Rasulullah SAW menjelaskan kelebihan menolong orang lain yang dalam kesusahan, maksudnya:
“Sesiapa yang melepaskan satu kesusahan seorang mukmin, pasti Allah akan melepaskan daripadanya satu kesusahan pada hari kiamat. Sesiapa yang menjadikan urusan orang lain mudah, pasti Allah akan memudahkan urusannya di dunia dan di akhirat.†(Hadis riwayat Muslim)